Monday 2 January 2012

Apa itu Tembikar???


PENGENALAN
Tembikar ialah barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat. Ia dikeringkan dengan cara  mendedahkannya di bawah pancaran matahari, dan dibakar secara dedah atau dalam tanur. Seni tembikar wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. Bukti penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha di Kelantan, Bukit Tengku Lembu di Perlis, Ulu Tembeling di Pahang,Bukit Tambun di Perak dan Gua Niah di Sarawak. Tembikar digunakan dalam upacara perubatan atau upacara pertabalan Sultan, alat pengebumian di Sarawak dan Sabah selain daripada kegunaan harian. Tembikar Sayong, Tembikar Mambong dan tembikar Sarawak merupakan tembikar tradisional yang paling terkenal kawasan penghasilan tembikar:
1. Sayong, Kuala Kangsar, Perak
2. Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan
3. Pulau Tiga, Parit, Perak
4. Kg.Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang
5. Kuching, Sarawak
6. Sunagi Dua, Seberang Prai, P.Pinang

TEKNIK DAN PROSES MEMBUAT LABU SAYONG
        Tanah liat dikeringkan dan ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki
        Tepung tanah liat direndam dalam air kemudian ditapis
        Tanah liat dikeringkan semula kemudian dicampur dengan air dan diuli hingga lembut,
liut dan liat serta tidak mengandungi liang-liang udara
        Teknik picitan dan lingkaran digunakan untuk membentuk
        Membentuk labu sayong perlu melalui beberapa peringkat
        Membina badan labu
-          Membuat tapak
-          Menyambung kan tapak dengan badan labu
-          Membuat muncung
-          Menyambungkan bahagian leher dan muncung
-          Menyambungkan bahagian badan dengan leher dan muncung
        Keringkan tembikar yang telah siap di tempat yang redup selama beberapa hari
        Licinkan permukaan labu dengan batu sungai
        Hiasakn permukaan labu dengan ragam hias yang sesuai menggunakan penepik kayu berukir, pengukir besi atau kayu tera

PROSES PENYEDIAAN TANAH LIAT
1.      Tanah liat dijemur untuk dikeringkan. Asingkan tanah liat dengan bahan-bahan asing seperti sampah, batu , serpihan akar kayu supaya tembikar tidak pecah apabila dibakar
2.      Kemudian ditumbuk menjadi tepung dengan menggunakan lesung kaki lalu diayak
3.      Tepung tanah liat itu diperam dalam pasu berair selama 3 hari sehingga tanah mendap ke dasar pasu
4.      Air dibuang dan mendapan tanah liat yang liut dan lembut dibiarkan pada permukaan keping plaster paris selama beberapa hari
5.      Tanah liat diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan liat
6.      Tanah liat yang telah diproses disimpan dalam tempayan bertutup atau beg plastik untuk kegunaan kelak
7.      Sebelum membentuk tembikar, tanah liat hendaklah diuli beberapa kali supaya tiada gelembung udara dan batu kecil yang akan meretakkan tembikat ketika dibakar / pecah

KAEDAH PEMBAKARAN TEMBIKAR
        Kaedah tradisional
        tanur dedah menggunakan bahan api seperti sabut, bulu kering,pelepah pokok kelapa, kayu dsb
        teknik pembakaran Pulau Tiga
-tembikar didiangkan pada unggun api sehingga benar-benar kering
-kemudian dimasukkan ke dalam bara api untuk mendapatkan kesan warna kehitaman
-sapu damar pada bahagian bawah tembikar yang masih panas supaya kalis air

•Teknik pembakaran Sayong
-tembikar disalai di atas para dengan mulut menghala kearah api
-kemudian tembikar dimasukkan ke dalam api
-tembikar yang telah dibakar dimasukkan serta merta ke dalam sekam padi untuy menghitamkannya
-bahagian bawah tembikar disapu dengan damar untuk menggelakkannya daripada telap air

PROSES PENGERINGAN DAN PEMBAKARAN
        keringkan tembikar sama rata
        elakkan tembikar yang sudah kering daripada terkena air
        bakar tembikar sehingga kering secukupnya supaya tembikar menjadi pejal, keras dan tidak telap air

TEKNIK MENGHIAS TEMBIKAR
        labu dihias sewaktu permukaan tembikar masih dalam keadaan lembut
        menggunakan motif geometri dan organik
        alat yang digunakan terdiri daripada pengukir kayu atau besi
        teknik menghias tembikar:
1. teknik menekan
2. teknik kelar / guris
3.teknik mengikis dan mengukir


KEMASAN & PERSEMBAHAN
        bentuk tembikar seimbang, rata dan kukuh
        muncung tembikar halus dan tidak serpih
        tapak tembikar sempurna dan tidak serpih
        leher tembikar kemas dan bentuknya sesuai serta seimbang
        ragam hias
-          garisan dan lorek terang dan tersusun
-          ukiran jelas
-          kesan tekanan nyata dan teratur
-          panai dibentuk sekata dan kemas
-          sambungan tampalan corak bunga timbul sesuai dengan keseluruhan bentuk

PEMELIHARAAN & PENJAGAAN
        pastikan tembikar benar-benar kering sebelum disimpan
        tembikar hendaklah diletakkan di tempat yang rata dan selamat sewaktu digunakan
        cara mengilap tembikar hendaklah dilakukan secara cermat kerana tembikar mudah pecah

TOKOH TEMBIKAR
1. Pn. Hasnah Adnan (Perak)
2. Pn. Sofia (Perak)
3. Pn. Hawa Bt Ngah Salam ( Perak )
4. Hajjah Rogayah bt Salleh (Perak)
5. Ng. Lee Huat (Sarawak)


TEMBIKAR DIMENSI BARU
1. Fungsi                    – perhiasan diri dan hiasan rumah serta pejabat
2. Alatan & bahan    - menggunakan alatan moden seperti mesin pemutar, tanur elektrik dan tanur gas.
-Menggabungkan kraf lain seperti anyaman, ukiran dll.
-Penggunaan bahan campuran lain seperti kulit siput, daun kering, fabrik dll
3. Reka bentuk           - dikomersialkan dengan mengambil kira keperluan dan aliran semasa
4.Reka corak              -kesesuaian dengan bentuk dan penampilan semasa
5.Kemasan & persembahan - kemas dan kukuh seperti menyepuh dengan gerlis

No comments:

Post a Comment