Sunday 8 January 2012

TEORI KREATIVITi



TEORI KREATIVITI OLEH VICTOR LOWENFELD

Beliau di lahir di Linz, Austria pada tahun 1903. Dr. Lowenfeld merupakan lulusan daripada College of Applied Arts di Vienna dan Academy of Fine Arts dibandar yang sama. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of  Vienna dan telah bertugas sebagai seorang guru sekolah menengah. Beliau dilantik menjadi Pengarah Kesenian kepada Blind Institute. Pada tahun 1938, Lowenfeld telah berhijrah ke England sebelum kembali ke United States. Beliau bersara pada tahun 1946 selepas berkhidmat sebagai wartime visual aids consultant dalam tentera laut. Beliau menyertai Hampton Institute di Virginia pada tahun 1939 sebagai pembantu professor di Industrial Arts dan juga telah berkhidmat sebagai guru seni diinstitut ini dan dilantik menjadi Pengerusi Art Department. Beliau berhijrah ke The Pennsylvania State University dan menjawat jawatan sebagai professor Pendidikan Seni pada tahun 1946. Beliau juga terkenal dengan Visual-Haptic theory in Art Education yang juga merupakan asimilasi daripada kebudayaan Vienna dan merupakan seorang ketua yang aktif dalam National Art Education Association dan The National Committee dalam Pendidikan Seni. Beliau meninggal dunia pada tahun 1960.
Teori kreativiti Victor Lowenfeld.
Kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya. Victor Lowenfeld (1975)  percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
Lowenfeld  membangunkan teori Lowenfeld Stages of Artistic Development. Galakan mengembangkan pemikiran kreatif dikalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan. Beliau menjelaskan bahawa kreativiti seseorang  boleh diukur melalui 4 komponen utama iaitu kelancaran (fluency), fleksibel (flexibelity), keaslian (originality), kepekaan (sensitiviti).

Pada proses kelancaran, idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Ia berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut atau alternatif kepada penyediaan masalah. Proses fleksibel pula, ia mula mempamerkan semangat  toleransi. Mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi selain mempunyai keyakinan yang tinggi. Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. Seterusnya proses keaslian adalah proses dimana seseorang itu sentiasa mencari idea baru dan asli. Tidak membuat peniruan daripada mana-mana sumber yang tersedia. Seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mestilah berdasarkan cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa. Proses yang terakhir adalah proses kepekaan yang bermaksud proses mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap rakan sebaya, ciptaan dan estetika. Dalam proses ini, ia menggunakan semua deria pacaindera untuk membuat pengamatan dan merekod butiran yang diperolehi. Individu perlu mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.

Tokoh Kreativiti - Ellis Paul Torrance
Tokoh Ellis Paul Torrance, merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya dalam bidang kreativiti masih lagi segar dan digunakan dalam bidang pendidikan sehingga hari ini. Berdasarkan kepada penulisan dan kerja-kerja penyelidikannya di dalam bidang kreativiti dan pendidikan akhirnya beliau telah diiktiraf sebagai Bapa Kreativiti (Father’s Of Creativity). Beliau juga bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu. Instrumen yang telah berjaya beliau bangunkan dan perkenalkan adalah ‘Torrence Test of Creative Thinking’ (TTOCT). Di samping membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti beliau juga mencipta serta memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu.

Beliau telah mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu iaitu dari segi penyoalan ,tujuannya adalah  untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar melalui proses penyoalan dalam sesuatu pembelajaran,ianya adalah sangat penting dan perlu dipraktikkan sepanjang pembelajaran. Di samping itu, penyoalan juga boleh mengalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar agar lebih berkesan. Di dalam proses pembelajaran seni visual, sesi kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik. Dari segi penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan galakan dan ransangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan mengalakkan penemuan-penemuan yang terkini melalui kajian dan juga penyelidikan. Dalam hal ini pelajar digalakan mencuba serta melakukan berbagai ekplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti seni visual. 

Manakala dari segi pemerhatian ataupun observasi adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria yang terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja malahan juga merangkumi deria-deria lain termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar. Beliau juga melakukan percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang terbaik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar. Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak lansung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya. Dari segi penerokaan yang dibuat  kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. 

               Manakala memanipulasi kepada seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna. Ini bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan dan objek yang berada di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasi telah pun berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat cermat di samping mengelakan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan karya. Melalui aktiviti bermain juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi seorang kanak-kanak bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak langsung akan membantu merangsang proses perkembangan pemikiran dan kreativiti yang sihat.



TEORI KREATIVITI TAYLOR
Calvin W. Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentang tidak semua manusia dilahirkan dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Beliau percaya bahawa perkembangan bakat seseorang terlalu berkait rapat dengan cara bagaimana seorang pendidik berupaya merangsang pemikiran seorang pelajar. Di dalam teorinya “Multiple Creative Talent”, beliau menjelaskan bahawa pembentukkan bakat perlulah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.

Dalam teorinya Taylor telah menyarankan lima jenis kreativiti bagi menunjukkan tahap perbezaan proses kreativiti yang berlaku pada seorang individu dengan individu yang lain. Jenis-jenis kreativiti berkenaan adalah secara kreativiti bersifat ekspresif iaitu selalunya berlaku secara rawak dan bebas. Ia boleh dilihat melalui lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang melukis secara sepontan. Kebanyakan lukisan yang dihasikan oleh kanak-kanak pada peringkat ini adalah secara bebas. Hasil lukisan itu juga mengikut kemampuan bersesuaian dengan usia dan perkembangan keadaan fizikal mereka yang belum stabil. Pada peringkat ini hasil lukisannya adalah dalam bentuk contengan dan penggunaan garisan yang tidak terkawal. Kreativiti bersifat ekpresif ini adalah bersifat bebas, kemahiran, keaslian dan kualiti tidak dianggap penting oleh pelajar semasa proses menghasilkan karya. Kedua iaitu kreativiti melalui penghasilan/teknikal menjelaskan bahawa ianya merujuk kepada kecekapan dan keupayaan seseorang pelajar dalam menghasilkan karya. Dalam peringkat ini pendidik perlulah membantu pelajar bagi tujuan menambahbaikan kemahiran yang sedia pada mereka kepada satu kaedah yang lebih sistematik dan terancang dengan sempurna. Ketika ini peranan pendidik sangat penting kerana pelajar memerlukan bimbingan bagi mengenal pasti kaedah dan pendekatan yang sempurna dan sesuai dalam proses menghasilkan karya yang baik.

Selain itu juga, beliau menggunakan kreativiti bersifat inventif iaitu adalah merujuk kepada keupayaan individu mencipta benda atau objek baru melalui proses ekprimentasi. Pada peringkat ini penekanan utama adalah faktor-faktor penemuan dan penciptaan yang baru. Ia juga melibatkan percubaan demi percubaan bagi menghasilkan satu teori, formula dan kesimpulan terhadap eksprimen yang telah dijalankan oleh individu tersebut. Peranan pendidik pada peringkat ini adalah memberikan galakkan dan sokongan agar pelajar tidak mudah putus asa. Keempat ialah melalui kreativiti bersifat inovatif merupakan peringkat yang melibatkan pengubahsuaian kepada konsep-konsep asas yang sedia ada kepada idea yang baru. Pada peringkat ini pelajar mula melakukan pengubahsuaian dan pembaharuan melalui gaya dan teknik mereka sendiri. Pendidik boleh membantu dan membimbing pelajar untuk mengenalpasti kaedah perlaksanaan yang betul. Di samping itu juga pelajar telah mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan kaedah alternatif bagi setiap perancangan yang dibuat oleh mereka. Yang terakhir ialah kreativiti bersifat imaginatif merupakan kreativiti yang paling tinggi kedudukannya. Pada peringkat ini prinsip-prinsip formal seni diterjermahkan di dalam bentuk abstrak dan dipermudahkan. Contohnya, imej figura manusia digambarkan tanpa memberikan perhatian serta penekanan kepada bentuk asas atau bentuk formal figura tersebut. 


No comments:

Post a Comment