Sunday 8 January 2012

Kurikulum



Perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada ‘laluan dalam sesuatu pertandingan. Berdasarkan kepada konsep tersebut , perkataan kurikulum adalah berkait rapat dengan perkataaan ‘laluan atau laluan-lauan’. Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang iaitu ‘apa itu persekolahan’. Ahli progresif dan behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang  kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan masyarakatan dan strategi-strategi pengajaran.

Frank Bobbit (1918), dalam buku ‘The Curriculum’ menghuraikan kurikulum sebagai :
i)                   keseluruhan pengalaman, yang tak terarah dan terarah, terumpu kepada perkembangan kebolehan individu atau
ii)                satu siri latihan pengalaman langsung secara sedar digunakan oleh sekolah untuk melengkap dan menyempurnakan pendedahannya. Konsep beliau menekankan kepada pemupukan perkembangan individu melalui segala pengalaman termasuk pengalaman yang dirancangkan oleh sekolah.

apa itu RUBRIK????


Rubrik adalah panduan pemarkahan atau satu set jangkaan yang digunakan untukmenilai prestasi pelajar.
Ia langkah-langkah objektif yang dinyatakan, menggunakan pelbagai prestasi kadar.

Ciri-ciri ini disusun dalam tahap, menunjukkan tahap yang standard telah dipenuhi.
Rubrics adalah amat berguna untuk menilai mata pelajaran yang kompleks dan subjektif.
Mereka menyediakan panduan kerja bagi kedua-dua guru dan pelajar dan biasanyadiedarkan sebelum tugasan supaya pelajar tahu apa yang diharapkan.

Perkembangan Artistik Kanak-Kanak


Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan.
Terdapat banyak kajian tentang teori perkembangan artistik di kalangan kanak-kanak.

Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day.

Hurwitz dan Day (2001) membahagikan perkembangan artistik kepada 3 peringkat;

Peringkat 1: Peringkat Manipulatif/zaman awal kanak-kanak (2-5 tahun)
Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan.
Lukisan tidak realistik-banyak guna garisan
garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang.
Boleh melukis rupa
Pada peringkat ini aktiviti melukis lebih kepada kepuasan dan keseronokan
melukis/memegang peralatan melukis adalah mengikut gaya dan cara yang mereka sukai.

Peringkat 2: Membuat Simbol (6-9 Tahun)
Boleh menghasilkan simbol
Kawalan tangan mula seimbang
Persekitaran mempengaruhi lukisan mereka. Biasanya ia suka melukis objek-objek yang hampir dengan diri/pengalaman mereka (cth; rumah, kakak, abang, emak, ayah, bilik tidur dll)
Imej yang penting biasanya dilukis lebih besar (cth; bapa, orang lebih besar daripada latar belakang)
Warna disesuaikan (cth; langit biru, pokok hijau)






Peringkat 3: Pra-Remaja (10-13 Tahun)
Cuba melukis figura dengan saiz yang betul (mengikut kadar banding)
Lukisan lebih rasional-pilih warna yang tepat-ada bayang-bayang-perspektif-lebih realistik.

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK



1.1
 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran
mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai
alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak.

1.2
 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK

(a)
 Aspek Kognitif

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat
melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan
menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak
membuat keputusan.

(b)
 Aspek Fizikal

Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.
(c) Aspek Kreativiti

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid
untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek
di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding
dengan hasilan akhir.
(d) Aspek Persepsi

murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan
pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni,
produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

(e)
 Aspek Sosial dan Emosi

Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial
selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni
juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti
berkumpulan yang dibentuk.

1.3
 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS

(a)
 Melukis sebagai Medium Komunikasi

Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum
mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan
yang berkesan untuk berinteraksi.

(b)
 Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri

Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan
kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat
meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan
otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi
kanak-kanak.

(c)
 Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self
Esteem)


Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak
dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

KREATIVITI.


Kreativiti bermaksud proses seorang individu menjadi kreatif.
Perkataan "kreatif" datang daripada perkataan Latin iaitu "creare" bermaksud membuat, manakala bagi bahasa Greek pula bermaksud memenuhi.

PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL TERHADAP SENI VISUAL.

Ellis Paul Torrance
-digelar "Bapa Kreatif"
-beliau menyatakan bahawa ujian IQ(Inteligent Quotion) bukan satu-satunya kaedah dalam mengukur tahap intelek seseorang individu tetapi juga boleh melalui ujian kreativiti.
-beliau telah mencipta sebuah ujian kreativiti iaitu, "Torrance Test of Creative Thinking". Ujian ini dapat mengukur tahap kreativiti seseorang individu.

June King Mcfee
-beliau mengatakan kreativiti itu adalah satu kemampuan dalam mencipta sesuatu yang baharu dan pada masa yang sama ia mampu untuk mengolah idea tersebut.
-Menurutnya, Seni merupakan satu alat komunikasi masyarakat dalam memaparkan budaya mereka.

Carl Roger
-beliau mengatakan bahawa terdapat lima faktor dalam menjadi manusia sihat 
 1)menikmati kehidupan yang dialami
 2)keterbukaan kepada pengalaman
 3)mengamalkan kebebasan
 4)menghargai diri sendiri
 5)menjadi individu yang kreatif
-beliau menyatakan bahawa seseorang itu mengamalkan kebebasan dan mempunyai tanggungjawap akan secara tidak ingin menyumbang sesuatu baru kepada manusia dan mahluk di persekitarannya. Konsep ini hampir sama dengan konsep generik yang dikemukakan oleh Erik Erikson, pengemuka dalam bidang perkembangan manusia dan sosial.

Victor Lowenfeld
Beliau membangunkan teori Lowenfeld Stages of Artistic Development,
-dua pengaruh terhadap perkembangan kreativiti seseorang itu,
iaitu faktor psikologi dan faktor persekitaran
Kreativiti dapat diukur melalui empat komponen berikut,
-kelancaran
-flexibel
-keaslian
-kepekaan

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI.
Fisher (1943)
-terdapat lima tahap perkembangan kreativiti dalam seseorang individu,
 -Proses ransangan
 -Proses penerokaan
 -Proses rancangan 
 -Proses aktiviti
 -Proses kajian semula

Laura H. Chapman pula,
Dalam bukunya, Approaches in Art Education,
-Proses kreativiti mempunyai tali perhubungan yang rapat dengan proses penghasilan karya seni (proses artistik). 
-Seni itu tidak statik, senantiasa berubah dan berulang-ulang.
-Tetapi 3 disiplin di atas tidak menjadi keutamaan sekiranya objektif penghasilan karya seni tercapai.
-terdapat tiga komponen yang akan dilalui oleh seseorang individu dalam perkembangan kreativiti,
 -Proses penjanaan idea
 -Pengolahan dan pemurnian
 -Kaedah penggunaan bahan

Calvin W. Taylor
Melalui teorinya, Multiple Creative Talent,
Pringkat kreativiti oleh Taylor
-kreativiti bersifat Ekspresif
-kreativiti semasa penghasilan
-kreativiti bersifat inventif
-kreativiti bersifat inovatif
-kreativiti bersifat emergen


CIRI-CIRI KREATIVITI
-bersifat fleksibel
-sensitiviti dan peka
-gagasan/idea yang asli dan tulen
-bersifat keterbukaan
-logik
-berfikiran bebas

TEORI KREATIVITi



TEORI KREATIVITI OLEH VICTOR LOWENFELD

Beliau di lahir di Linz, Austria pada tahun 1903. Dr. Lowenfeld merupakan lulusan daripada College of Applied Arts di Vienna dan Academy of Fine Arts dibandar yang sama. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of  Vienna dan telah bertugas sebagai seorang guru sekolah menengah. Beliau dilantik menjadi Pengarah Kesenian kepada Blind Institute. Pada tahun 1938, Lowenfeld telah berhijrah ke England sebelum kembali ke United States. Beliau bersara pada tahun 1946 selepas berkhidmat sebagai wartime visual aids consultant dalam tentera laut. Beliau menyertai Hampton Institute di Virginia pada tahun 1939 sebagai pembantu professor di Industrial Arts dan juga telah berkhidmat sebagai guru seni diinstitut ini dan dilantik menjadi Pengerusi Art Department. Beliau berhijrah ke The Pennsylvania State University dan menjawat jawatan sebagai professor Pendidikan Seni pada tahun 1946. Beliau juga terkenal dengan Visual-Haptic theory in Art Education yang juga merupakan asimilasi daripada kebudayaan Vienna dan merupakan seorang ketua yang aktif dalam National Art Education Association dan The National Committee dalam Pendidikan Seni. Beliau meninggal dunia pada tahun 1960.
Teori kreativiti Victor Lowenfeld.
Kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya. Victor Lowenfeld (1975)  percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
Lowenfeld  membangunkan teori Lowenfeld Stages of Artistic Development. Galakan mengembangkan pemikiran kreatif dikalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan. Beliau menjelaskan bahawa kreativiti seseorang  boleh diukur melalui 4 komponen utama iaitu kelancaran (fluency), fleksibel (flexibelity), keaslian (originality), kepekaan (sensitiviti).

Pada proses kelancaran, idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Ia berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut atau alternatif kepada penyediaan masalah. Proses fleksibel pula, ia mula mempamerkan semangat  toleransi. Mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi selain mempunyai keyakinan yang tinggi. Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. Seterusnya proses keaslian adalah proses dimana seseorang itu sentiasa mencari idea baru dan asli. Tidak membuat peniruan daripada mana-mana sumber yang tersedia. Seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mestilah berdasarkan cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa. Proses yang terakhir adalah proses kepekaan yang bermaksud proses mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap rakan sebaya, ciptaan dan estetika. Dalam proses ini, ia menggunakan semua deria pacaindera untuk membuat pengamatan dan merekod butiran yang diperolehi. Individu perlu mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.

Tokoh Kreativiti - Ellis Paul Torrance
Tokoh Ellis Paul Torrance, merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya dalam bidang kreativiti masih lagi segar dan digunakan dalam bidang pendidikan sehingga hari ini. Berdasarkan kepada penulisan dan kerja-kerja penyelidikannya di dalam bidang kreativiti dan pendidikan akhirnya beliau telah diiktiraf sebagai Bapa Kreativiti (Father’s Of Creativity). Beliau juga bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu. Instrumen yang telah berjaya beliau bangunkan dan perkenalkan adalah ‘Torrence Test of Creative Thinking’ (TTOCT). Di samping membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti beliau juga mencipta serta memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu.

Beliau telah mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu iaitu dari segi penyoalan ,tujuannya adalah  untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar melalui proses penyoalan dalam sesuatu pembelajaran,ianya adalah sangat penting dan perlu dipraktikkan sepanjang pembelajaran. Di samping itu, penyoalan juga boleh mengalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar agar lebih berkesan. Di dalam proses pembelajaran seni visual, sesi kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik. Dari segi penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan galakan dan ransangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan mengalakkan penemuan-penemuan yang terkini melalui kajian dan juga penyelidikan. Dalam hal ini pelajar digalakan mencuba serta melakukan berbagai ekplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti seni visual. 

Manakala dari segi pemerhatian ataupun observasi adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria yang terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja malahan juga merangkumi deria-deria lain termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar. Beliau juga melakukan percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang terbaik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar. Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak lansung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya. Dari segi penerokaan yang dibuat  kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. 

               Manakala memanipulasi kepada seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna. Ini bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan dan objek yang berada di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasi telah pun berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat cermat di samping mengelakan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan karya. Melalui aktiviti bermain juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi seorang kanak-kanak bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak langsung akan membantu merangsang proses perkembangan pemikiran dan kreativiti yang sihat.



TEORI KREATIVITI TAYLOR
Calvin W. Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentang tidak semua manusia dilahirkan dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Beliau percaya bahawa perkembangan bakat seseorang terlalu berkait rapat dengan cara bagaimana seorang pendidik berupaya merangsang pemikiran seorang pelajar. Di dalam teorinya “Multiple Creative Talent”, beliau menjelaskan bahawa pembentukkan bakat perlulah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.

Dalam teorinya Taylor telah menyarankan lima jenis kreativiti bagi menunjukkan tahap perbezaan proses kreativiti yang berlaku pada seorang individu dengan individu yang lain. Jenis-jenis kreativiti berkenaan adalah secara kreativiti bersifat ekspresif iaitu selalunya berlaku secara rawak dan bebas. Ia boleh dilihat melalui lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang melukis secara sepontan. Kebanyakan lukisan yang dihasikan oleh kanak-kanak pada peringkat ini adalah secara bebas. Hasil lukisan itu juga mengikut kemampuan bersesuaian dengan usia dan perkembangan keadaan fizikal mereka yang belum stabil. Pada peringkat ini hasil lukisannya adalah dalam bentuk contengan dan penggunaan garisan yang tidak terkawal. Kreativiti bersifat ekpresif ini adalah bersifat bebas, kemahiran, keaslian dan kualiti tidak dianggap penting oleh pelajar semasa proses menghasilkan karya. Kedua iaitu kreativiti melalui penghasilan/teknikal menjelaskan bahawa ianya merujuk kepada kecekapan dan keupayaan seseorang pelajar dalam menghasilkan karya. Dalam peringkat ini pendidik perlulah membantu pelajar bagi tujuan menambahbaikan kemahiran yang sedia pada mereka kepada satu kaedah yang lebih sistematik dan terancang dengan sempurna. Ketika ini peranan pendidik sangat penting kerana pelajar memerlukan bimbingan bagi mengenal pasti kaedah dan pendekatan yang sempurna dan sesuai dalam proses menghasilkan karya yang baik.

Selain itu juga, beliau menggunakan kreativiti bersifat inventif iaitu adalah merujuk kepada keupayaan individu mencipta benda atau objek baru melalui proses ekprimentasi. Pada peringkat ini penekanan utama adalah faktor-faktor penemuan dan penciptaan yang baru. Ia juga melibatkan percubaan demi percubaan bagi menghasilkan satu teori, formula dan kesimpulan terhadap eksprimen yang telah dijalankan oleh individu tersebut. Peranan pendidik pada peringkat ini adalah memberikan galakkan dan sokongan agar pelajar tidak mudah putus asa. Keempat ialah melalui kreativiti bersifat inovatif merupakan peringkat yang melibatkan pengubahsuaian kepada konsep-konsep asas yang sedia ada kepada idea yang baru. Pada peringkat ini pelajar mula melakukan pengubahsuaian dan pembaharuan melalui gaya dan teknik mereka sendiri. Pendidik boleh membantu dan membimbing pelajar untuk mengenalpasti kaedah perlaksanaan yang betul. Di samping itu juga pelajar telah mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan kaedah alternatif bagi setiap perancangan yang dibuat oleh mereka. Yang terakhir ialah kreativiti bersifat imaginatif merupakan kreativiti yang paling tinggi kedudukannya. Pada peringkat ini prinsip-prinsip formal seni diterjermahkan di dalam bentuk abstrak dan dipermudahkan. Contohnya, imej figura manusia digambarkan tanpa memberikan perhatian serta penekanan kepada bentuk asas atau bentuk formal figura tersebut. 


Monday 2 January 2012

Apa itu Tembikar???


PENGENALAN
Tembikar ialah barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat. Ia dikeringkan dengan cara  mendedahkannya di bawah pancaran matahari, dan dibakar secara dedah atau dalam tanur. Seni tembikar wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. Bukti penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha di Kelantan, Bukit Tengku Lembu di Perlis, Ulu Tembeling di Pahang,Bukit Tambun di Perak dan Gua Niah di Sarawak. Tembikar digunakan dalam upacara perubatan atau upacara pertabalan Sultan, alat pengebumian di Sarawak dan Sabah selain daripada kegunaan harian. Tembikar Sayong, Tembikar Mambong dan tembikar Sarawak merupakan tembikar tradisional yang paling terkenal kawasan penghasilan tembikar:
1. Sayong, Kuala Kangsar, Perak
2. Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan
3. Pulau Tiga, Parit, Perak
4. Kg.Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang
5. Kuching, Sarawak
6. Sunagi Dua, Seberang Prai, P.Pinang

TEKNIK DAN PROSES MEMBUAT LABU SAYONG
        Tanah liat dikeringkan dan ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki
        Tepung tanah liat direndam dalam air kemudian ditapis
        Tanah liat dikeringkan semula kemudian dicampur dengan air dan diuli hingga lembut,
liut dan liat serta tidak mengandungi liang-liang udara
        Teknik picitan dan lingkaran digunakan untuk membentuk
        Membentuk labu sayong perlu melalui beberapa peringkat
        Membina badan labu
-          Membuat tapak
-          Menyambung kan tapak dengan badan labu
-          Membuat muncung
-          Menyambungkan bahagian leher dan muncung
-          Menyambungkan bahagian badan dengan leher dan muncung
        Keringkan tembikar yang telah siap di tempat yang redup selama beberapa hari
        Licinkan permukaan labu dengan batu sungai
        Hiasakn permukaan labu dengan ragam hias yang sesuai menggunakan penepik kayu berukir, pengukir besi atau kayu tera

PROSES PENYEDIAAN TANAH LIAT
1.      Tanah liat dijemur untuk dikeringkan. Asingkan tanah liat dengan bahan-bahan asing seperti sampah, batu , serpihan akar kayu supaya tembikar tidak pecah apabila dibakar
2.      Kemudian ditumbuk menjadi tepung dengan menggunakan lesung kaki lalu diayak
3.      Tepung tanah liat itu diperam dalam pasu berair selama 3 hari sehingga tanah mendap ke dasar pasu
4.      Air dibuang dan mendapan tanah liat yang liut dan lembut dibiarkan pada permukaan keping plaster paris selama beberapa hari
5.      Tanah liat diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan liat
6.      Tanah liat yang telah diproses disimpan dalam tempayan bertutup atau beg plastik untuk kegunaan kelak
7.      Sebelum membentuk tembikar, tanah liat hendaklah diuli beberapa kali supaya tiada gelembung udara dan batu kecil yang akan meretakkan tembikat ketika dibakar / pecah

KAEDAH PEMBAKARAN TEMBIKAR
        Kaedah tradisional
        tanur dedah menggunakan bahan api seperti sabut, bulu kering,pelepah pokok kelapa, kayu dsb
        teknik pembakaran Pulau Tiga
-tembikar didiangkan pada unggun api sehingga benar-benar kering
-kemudian dimasukkan ke dalam bara api untuk mendapatkan kesan warna kehitaman
-sapu damar pada bahagian bawah tembikar yang masih panas supaya kalis air

•Teknik pembakaran Sayong
-tembikar disalai di atas para dengan mulut menghala kearah api
-kemudian tembikar dimasukkan ke dalam api
-tembikar yang telah dibakar dimasukkan serta merta ke dalam sekam padi untuy menghitamkannya
-bahagian bawah tembikar disapu dengan damar untuk menggelakkannya daripada telap air

PROSES PENGERINGAN DAN PEMBAKARAN
        keringkan tembikar sama rata
        elakkan tembikar yang sudah kering daripada terkena air
        bakar tembikar sehingga kering secukupnya supaya tembikar menjadi pejal, keras dan tidak telap air

TEKNIK MENGHIAS TEMBIKAR
        labu dihias sewaktu permukaan tembikar masih dalam keadaan lembut
        menggunakan motif geometri dan organik
        alat yang digunakan terdiri daripada pengukir kayu atau besi
        teknik menghias tembikar:
1. teknik menekan
2. teknik kelar / guris
3.teknik mengikis dan mengukir


KEMASAN & PERSEMBAHAN
        bentuk tembikar seimbang, rata dan kukuh
        muncung tembikar halus dan tidak serpih
        tapak tembikar sempurna dan tidak serpih
        leher tembikar kemas dan bentuknya sesuai serta seimbang
        ragam hias
-          garisan dan lorek terang dan tersusun
-          ukiran jelas
-          kesan tekanan nyata dan teratur
-          panai dibentuk sekata dan kemas
-          sambungan tampalan corak bunga timbul sesuai dengan keseluruhan bentuk

PEMELIHARAAN & PENJAGAAN
        pastikan tembikar benar-benar kering sebelum disimpan
        tembikar hendaklah diletakkan di tempat yang rata dan selamat sewaktu digunakan
        cara mengilap tembikar hendaklah dilakukan secara cermat kerana tembikar mudah pecah

TOKOH TEMBIKAR
1. Pn. Hasnah Adnan (Perak)
2. Pn. Sofia (Perak)
3. Pn. Hawa Bt Ngah Salam ( Perak )
4. Hajjah Rogayah bt Salleh (Perak)
5. Ng. Lee Huat (Sarawak)


TEMBIKAR DIMENSI BARU
1. Fungsi                    – perhiasan diri dan hiasan rumah serta pejabat
2. Alatan & bahan    - menggunakan alatan moden seperti mesin pemutar, tanur elektrik dan tanur gas.
-Menggabungkan kraf lain seperti anyaman, ukiran dll.
-Penggunaan bahan campuran lain seperti kulit siput, daun kering, fabrik dll
3. Reka bentuk           - dikomersialkan dengan mengambil kira keperluan dan aliran semasa
4.Reka corak              -kesesuaian dengan bentuk dan penampilan semasa
5.Kemasan & persembahan - kemas dan kukuh seperti menyepuh dengan gerlis

Hippocampus angustus - Günther, 1870

KUDA LAUT




a.   Karakteristik Kuda Laut
Kuda laut mempunyai ciri-ciri sebagai berikut : tubuh agak pipih, melengkung, permukaankasar, seluruh tubuh terbungkus dengan semacambaju baja yang terdiri atas lempengan-lempengantulang atau cincin. Kepala mempunyai mahkota dan moncong dengan mata kecil yang sama lebar. Ekor prehensil (dapat memegang) lebih panjangdari kepala dan tubuh. Sirip dada pendek dan lebar,sirip punggung cukup besar dan sirip ekor tidak ada. Pada kuda laut jantan mempunyai kantung pengeraman yang terletak dibawah perut. Kuda laut dikenal dengan nama Hyppocampus. Tubuh bersegmen dan mempunyai satu sirip punggung, insang membuka sangat kecil yang dilengkapi sepasang dada (pectoralfin), satu sirip dubur (analfin) yang sangat kecil, sirip perut dan sirip ekor tidak ada. Ekornya dapat mencekam dan digunakan untuk memegang pada suatu objek. Ikan hias kecil ini mempunyai kerangka luar yang kokoh, dengan bentuk kepala seperti kepala seekor kuda yang tegak lurus pada tubuhnya, tidak akan membengkok apabila dikeringkan. Kuda laut jantan dilengkapi dengan kantong pengeraman (brood pouch) pada bagian bawah ekor. Perubahan tersebut secara perlahan– lahan dari ujung ke ujung tergantung pada intensitascahaya. Walaupun sebagian besar kuda laut mempunyai warna kecoklat-coklatan alami, warna campuran abu-abu dan coklat atau bahkan warna hitam agar sesuaidengan lingkungannya, ternyata kuda laut dapat berubah warna seperti halnyabunglon selama mendekati dan meminang pasangannya, dan juga untuk bersembunyi dari pemangsa.



b. Habitat dan Penyebarannya
Kuda laut dapat dijumpai hampir di seluruh perairan dunia, mulai dari kawasan beriklim tropis hingga beriklim sedang. Habitat kuda laut terutama disepanjang pesisir pantai, tepian laut, teluk-teluk yang dangkal, mendiami tempat-tempat yang banyak terdapat terumbu karang, hutan bakau, dan padang lamun.Dari sejumlah species anggota kuda laut, Hippocampus kuda adalah jenis yangmemiliki distribusi paling luas, terutama di sepanjang perairan tropis Indo-Pasifik.Wilayah persebaran hewan ini ke barat hingga Selat Inggris, ke timur hinggaKepulauan Hawaii, ke utara hingga Laut Jepang, dan ke selatan hingga PantaiAustralia (Adip, 2009). Populasi kuda laut terbesar terdapat diperairan Indo-pasifik. Kuda laut ditemukan di Australia sebanyak 10 spesies, Asia Tenggara ditemukan 7 spesies, Jepun ditemukan 7 spesies dan disebelah Barat Laut Amerika (Pasifik Selatan) 1spesies, sedangkan disebelah barat Atlantik dan karibia ditemukan 3 spesies yang hidup disebelah selatan laut Amerika. Atlantik Selatan juga mempunyai beberapa spesies dimana tiga spesies terdapat di Afrika barat. Kuda laut umumnya hidup diperairan dangkal hingga kedalaman 20 meter, beberapa spesies ditemukan pada kedalaman lebih dari 150 meter (Lourie, et al. 1993). H.whitei, H. borbouniensis,H. erectus, H. guttulatus, dan H. Zosterae hidup di perairan hangat dan daerah Tropis diantara hamparan rumput laut (zosterae, possidonia, danhalopilla) atau padang lamun.

c. Makanan
Berdasarkan perilaku makannya, kuda laut adalah pemangsa yang pasif iaitu menunggu makanan yang lewat dan menyerang mangsanya dengan caramenghisap sampai masuk ke moncongnya. Kamuflase lingkungan yang baik akan mengelabui mangsanya. Kuda laut akan mencernakan apa sahaja  yang kecil hinggacukup muat dengan mulutnya). Kuda laut termasuk haiwan karnivor, memakan segala jenis hewan kecil mulai dari kelompok  Crustasea hingga larva ikan. Kuda laut tidak mempunyai gigi dan mangsa ditelan langsung ke dalam sistem pencernaan. Kuda laut menggunakan matanya untuk mencari mangsanya, karena kuda laut mempunyai pandangan ganda (binocular vision) yang berhubungan dengan retina mata. Jika kuda laut tidak mampu berpindah dengan cepat untuk memburu mangsanya, maka kuda laut akan menggunakan senjata rahasianya untuk menangkap. Senjata rahasia ini terdiri dari sebuah alat penghisap yang sangat halus (Asmanelli dan Ikhsan, 2000). Kemampuan daya cerna kuda laut sangat cepat, meskipun kuda laut mempunyai saluran pencernaan yang bergulung-gulung. Anak kuda laut dapat memakan lebih dari 3600 nauplius artemia selama waktu tertentu. Kuda laut yang berumur satu tahun dapat memakan 23 individu copepoda dan mencernanya selama 5-6 jam (Asmanelli dan Ikhsan, 2000).

d. Reproduksi
Pada musim reproduksi, kuda laut jantan dengan kantong telur yang kosong siap melakukan pemijahan. Kuda laut jantan mahupun betina menggunakan ekornya untuk menggapai pasangannya dalam pemijahan. Proses pemijahan diawali dengan masuknya sirip dubur kuda laut betina ke dalam kantong kuda laut jantan. Selanjutnya sel telur kuda laut betina dimasukan kedalam kantong telur untuk selanjutnya dibuahi oleh kuda laut jantan. Bila saatnya telur-telur itu menetas,maka larva dan anaknya diasuh dalam kantong induk jantannya sampai dianggap kuat dan keluar dari kantong (Anonim, 2009).
 Kuda laut jantan mengerami telur selama 10-14 hari dalam kantong pengeraman yang dilengkapi semacam placenta untuk suplai oksigen. Anakan kuda laut (panjang 6-12 mm) setelah dirasakan kuat selanjutnya dilepas keperairan sebagai juwana dengan bentuk seperti kuda laut dewasa. Setelah berumur kurang lebih 30 hari akan berkembang menjadi benih kuda laut dan ekornya mulai dapat dililitkan, selanjutnya pada umur 90 hari organ reproduksinya mulai berkembang dan kuda laut sudah memasuki fase dewasa. Sebagian besar kuda laut menghasilkan telur sekitar 100-120 butir bahkan ada yang mencapai 1000 butir. Pengeraman dan perawatan larva sepenuhnya dilakukan oleh kuda laut jantan (Anonim, 2009).

e. Pemijahan
Proses pemijahan Untuk melakukan pemijahan masing-masing kuda laut mencaripasangannya. Induk jantan yang matang kelamin aktif mencari induk betina, begitu pula sebaliknya apabila ikan betina siap memijah akanberusaha menemukan pasangan yang cocok. Ciri-ciri induk yang matangkelamin dan siap memijah adalah sebagai berikut :
Jantan :
- Mengejar betina sambilmenekuk ekor dan menggembungkan kantung pengeraman.
-Warna tubuh berubahmenjadi cerah


Betina :
-Bagian perut membesar,urogenital berwarnakemerah-merahan
- Apabila disorot cahaya,bagian dalam perutberwarna kemerah-merahansehingga warna tubuhberubah menjadi cerah
- Bila dililit oleh ekor kuda laut jantan tidak berusaha melepaskan diri.

Induk betina yang siap memijah akan memberikan respon pemijahan terhadap jantan yang mendekat dengan cumbuan yang menarik. Induk jantan dan betina saling mengait satu sama lain, berhadapan dan berenang bersama-sama. Gerakan percumbuan dapat terjadi berkali-kali sampai akhirnya induk betina benar-benar siap memijah. Pada puncak pemijahan ekor jantan dan betina pada posisi lurus, moncong saling menekan, secara berpasangan berenang menuju ke permukaan dengan posisi lubangkelamin betina diarahkan ke broodpouch (lubang kantung pengeraman) jantan. Kemudian, 5-6 detik telur betina dikeluarkan dalam bentuk gumpalan berwarna kemerah-merahan dan segera dimasukan ke kantung pengeraman. Setelah telur keluar seluruhnya, dengan cara yang unik induk betina melepaskan diri dari induk jantan dan induk induk jantan terus berusaha menyerap seluruh telur ke dalam kantung sambil menggoyang-goyang badannya untuk mengatur posisi telur di dalam kantung pengeraman.

Pengeraman dilakukan oleh kuda laut jantan didalam kantung penetasan. Kantung ini dilapisi jaringan yang lembut dengan lekuk-lekuk kecil dimana telur diletakkan, pembuluh darah dalam jaringan tersebut membesar dan mengubah kantung tersebut menjadi seperti ovarium pada mamalia yang bentuknya menyerupai sepon.
Induk betina dewasa dengan panjang tubuh antara 10– 14 cm dapat memproduksi telur 300– 600 butir. Jika ukuran jantan dan betina seimbang, pada proses pemasukan telur ke dalam kantong pengeraman, telur dapat masuk seluruhnya. Namun demikian apabila ukuran si jantan lebih kecil dari pada induk betina, sering terjadi sebagian telur tidak masuk ke dalam kantung jantan dan berhamburan di dasar. Telur yang tidak berhasil masuk ke dalam kantung akan mati, sedangkan telur-telur yang berhasil dimasukan akan menetas menjadi larva pada hari ke lima. Larva akan berada dalam kantung pengeraman hingga berubah menjadi juwana, iaitu sekitar 10 hari, kemudian juwana akan dilepaskan/dilahirkan kedalam air media pemeliharaan.

Kelahiran atau proses pengeluaran juwana merupakan proses yang sangat meletihkan bagi kuda laut jantan. Induk jantan berpegang kuat-kuat atau berenang mondar-mandir dan menggosok-gosokan kantungnya pada dasar. Dengan cara menekuk tubuh dan membuka lubang kantungnya, disertai kontraksi kantung pengeraman maka juwana  dikeluarkan dari kantung. Proses kelahiran juwana dilakukan secara bertahap. Setelah melahirkan, induk jantan diam dan beristirahat untuk beberapa jam.



f. Jenis Kuda Laut
Diketahui lebih dari 50 jenis kuda laut yang ada di dunia, adapun beberapadari jenis-jenis tersebut adalah sebagai berikut :
1.       Hippocampus abdominalis -Lesson, 1827(Selandia Barudan selatan dantimurAustralia)
2.       Hippocampus alatus-Kuiter,2001
3.       Hippocampus algiricus- Kaup, 1856
4.       Hippocampus angustus- Günther, 1870
5.       Hippocampus barbouri-Jordan & Richardson, 1908
6.       Hippocampus bargibanti- Whitley, 1970 (kuda laut kerdil;Indonesia, Filipina,Papua Nugini,Kep. Solomon,dll.)
7.       Hippocampus biocellatus-Kuiter,2001
8.       Hippocampus borboniensis- Duméril, 1870
9.       Hippocampus breviceps- Peters, 1869 (south and eastAustralia)
10.   Hippocampus camelopardalis- Bianconi, 1854
11.   Hippocampus capensis- Boulenger, 1900
12.   Hippocampus colemani-Kuiter,2003
13.   Hippocampus comes-Cantor, 1850
14.   Hippocampus coronatus-Temminck & Schlegel, 1850
15.   Hippocampus denise- Lourie & Randall, 2003
16.   Hippocampus erectus-Perry, 1810 (pantai timurAmerika,dariNova ScotiahinggaUruguay)
17.   Hippocampus fisheri-Jordan & Evermann, 1903
18.   Hippocampus fuscus- Rüppell, 1838(Indian Ocean)
19.   Hippocampus grandiceps-Kuiter,2001
20.   Hippocampus guttulatus- Cuvier, 1829
21.   Hippocampus hendriki-Kuiter,2001
22.   Hippocampus hippocampus- (Linnaeus,1758)(Laut MediteraniadanSamudra Atlantik)
23.   Hippocampus histrix-Kaup, 1856(Samudra Hindia, Teluk Persia, LautMerah,danTimur Jauh)
24.   Hippocampus ingens- Girard, 1858 (pesisirPasifik dariAmerika Utara, Amerika Tengah,danAmerika Selatan)
25.   Hippocampus jayakari-Boulenger, 1900
26.   Hippocampus jugumus-Kuiter,2001
27.   Hippocampus kelloggi-Jordan & Snyder, 1901
28.   Hippocampus kuda-Bleeker,1852
29.   Hippocampus lichtensteinii- Kaup, 1856
30.   Hippocampus minotaur -Gomon, 1997
31.   Hippocampus mohnikei-Bleeker,1854
32.   Hippocampus montebelloensis-Kuiter,2001
33.   Hippocampus multispinus-Kuiter,2001
34.   Hippocampus pontohi-LourieandKuiter,2008
35.   Hippocampus procerus-Kuiter,2001
36.   Hippocampus queenslandicus- Horne, 2001
37.   Hippocampus reidi-Ginsburg, 1933(Caribbeancoral reefs)
38.   Hippocampus satomiae- LouriedanKuiter,2008 (tambahan, barudipublikasi 2009 dari perairanKepulauan Derawan)
39.   Hippocampus semispinosus-Kuiter,2001
40.   Hippocampus severnsi-LourieandKuiter,2008
41.   Hippocampus sindonis- Jordan & Snyder, 1901
42.   Hippocampus spinosissimus-Weber, 1913
43.   Hippocampus subelongatus- Castelnau, 1873
44.   Hippocampus trimaculatus-Leach, 1814
45.   Hippocampus whitei- Bleeker, 1855(Australiatimur)
46.   Hippocampus zebra- Whitley, 1964
47.   Hippocampus zosterae- Jordan & Gilbert, 1882(Teluk MeksikodanKaribia)

Kesimpulan
Kuda laut merupakan salah satu jenis ikan hias air laut yang sangat unik karena mempunyai morfologi yang berbeza dibanding ikan-ikan lain. Di samping morfologinya yang khas iaitu bentuk kepalanya menyerupai kepala kuda, ikan jantan mempunyai kantung pengeraman telur yang tidak dijumpai pada jenis ikan yang lain. Daya tarik yang lain adalah posisi badannya yang tegak saat berenang serta kemampuan untuk menyesuaikan warna tubuhnya dengan lingkungan, membuat penampilannya semakin menarik sebagai ikan pajangan di akuarium. Selain sebagai ikan hias akuarium, kuda laut digunakan untuk souvenir juga dapat dijadikan sebagai bahan  ubat-ubatan tradisional. Kenyataan tersebut menyebabkan kuda laut mempunyai nilai ekonomi yang cukup tinggi di pasaran,sehingga mendorong terjadinya penangkapan yang cukup intensif di alam, sehingga makin lama cenderung kelestariannya terancam dan berkurang jumlahnya.