PENGENALAN
Tembikar
ialah barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat. Ia dikeringkan dengan
cara mendedahkannya di bawah pancaran
matahari, dan dibakar secara dedah atau dalam tanur. Seni tembikar wujud di
Malaysia sejak beribu tahun dahulu. Bukti penemuan barangan tembikar seperti di
Gua Cha di Kelantan, Bukit Tengku Lembu di Perlis, Ulu Tembeling di
Pahang,Bukit Tambun di Perak dan Gua Niah di Sarawak. Tembikar digunakan dalam
upacara perubatan atau upacara pertabalan Sultan, alat pengebumian di Sarawak
dan Sabah selain daripada kegunaan harian. Tembikar Sayong, Tembikar Mambong
dan tembikar Sarawak merupakan tembikar tradisional yang paling terkenal
kawasan penghasilan tembikar:
1. Sayong, Kuala Kangsar, Perak
2. Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan
3. Pulau Tiga, Parit, Perak
4. Kg.Pasir Durian, Hulu Tembeling,
Pahang
5. Kuching, Sarawak
6. Sunagi Dua, Seberang Prai,
P.Pinang
TEKNIK DAN PROSES
MEMBUAT LABU SAYONG
•
Tanah
liat dikeringkan dan ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki
•
Tepung
tanah liat direndam dalam air kemudian ditapis
•
Tanah
liat dikeringkan semula kemudian dicampur dengan air dan diuli hingga lembut,
liut dan liat serta tidak
mengandungi liang-liang udara
•
Teknik
picitan dan lingkaran digunakan untuk membentuk
•
Membentuk
labu sayong perlu melalui beberapa peringkat
•
Membina
badan labu
-
Membuat
tapak
-
Menyambung
kan tapak dengan badan labu
-
Membuat
muncung
-
Menyambungkan
bahagian leher dan muncung
-
Menyambungkan
bahagian badan dengan leher dan muncung
•
Keringkan
tembikar yang telah siap di tempat yang redup selama beberapa hari
•
Licinkan
permukaan labu dengan batu sungai
•
Hiasakn
permukaan labu dengan ragam hias yang sesuai menggunakan penepik kayu berukir,
pengukir besi atau kayu tera
PROSES PENYEDIAAN
TANAH LIAT
1.
Tanah
liat dijemur untuk dikeringkan. Asingkan tanah liat dengan bahan-bahan asing
seperti sampah, batu , serpihan akar kayu supaya tembikar tidak pecah apabila
dibakar
2.
Kemudian
ditumbuk menjadi tepung dengan menggunakan lesung kaki lalu diayak
3.
Tepung
tanah liat itu diperam dalam pasu berair selama 3 hari sehingga tanah mendap ke
dasar pasu
4.
Air
dibuang dan mendapan tanah liat yang liut dan lembut dibiarkan pada permukaan
keping plaster paris selama beberapa hari
5.
Tanah
liat diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan liat
6.
Tanah
liat yang telah diproses disimpan dalam tempayan bertutup atau beg plastik
untuk kegunaan kelak
7.
Sebelum
membentuk tembikar, tanah liat hendaklah diuli beberapa kali supaya tiada
gelembung udara dan batu kecil yang akan meretakkan tembikat ketika dibakar /
pecah
KAEDAH PEMBAKARAN
TEMBIKAR
•
Kaedah
tradisional
•
tanur
dedah menggunakan bahan api seperti sabut, bulu kering,pelepah pokok kelapa,
kayu dsb
•
teknik
pembakaran Pulau Tiga
-tembikar didiangkan pada unggun api
sehingga benar-benar kering
-kemudian dimasukkan ke dalam bara
api untuk mendapatkan kesan warna kehitaman
-sapu damar pada bahagian bawah
tembikar yang masih panas supaya kalis air
•Teknik
pembakaran Sayong
-tembikar
disalai di atas para dengan mulut menghala kearah api
-kemudian
tembikar dimasukkan ke dalam api
-tembikar
yang telah dibakar dimasukkan serta merta ke dalam sekam padi untuy
menghitamkannya
-bahagian
bawah tembikar disapu dengan damar untuk menggelakkannya daripada telap air
PROSES PENGERINGAN DAN
PEMBAKARAN
•
keringkan
tembikar sama rata
•
elakkan
tembikar yang sudah kering daripada terkena air
•
bakar
tembikar sehingga kering secukupnya supaya tembikar menjadi pejal, keras dan
tidak telap air
TEKNIK MENGHIAS
TEMBIKAR
•
labu
dihias sewaktu permukaan tembikar masih dalam keadaan lembut
•
menggunakan
motif geometri dan organik
•
alat
yang digunakan terdiri daripada pengukir kayu atau besi
•
teknik
menghias tembikar:
1. teknik menekan
2. teknik kelar / guris
3.teknik mengikis dan mengukir
KEMASAN &
PERSEMBAHAN
•
bentuk
tembikar seimbang, rata dan kukuh
•
muncung
tembikar halus dan tidak serpih
•
tapak
tembikar sempurna dan tidak serpih
•
leher
tembikar kemas dan bentuknya sesuai serta seimbang
•
ragam
hias
-
garisan
dan lorek terang dan tersusun
-
ukiran
jelas
-
kesan
tekanan nyata dan teratur
-
panai
dibentuk sekata dan kemas
-
sambungan
tampalan corak bunga timbul sesuai dengan keseluruhan bentuk
PEMELIHARAAN &
PENJAGAAN
•
pastikan
tembikar benar-benar kering sebelum disimpan
•
tembikar
hendaklah diletakkan di tempat yang rata dan selamat sewaktu digunakan
•
cara
mengilap tembikar hendaklah dilakukan secara cermat kerana tembikar mudah pecah
TOKOH TEMBIKAR
1.
Pn. Hasnah Adnan (Perak)
2.
Pn. Sofia (Perak)
3.
Pn. Hawa Bt Ngah Salam ( Perak )
4.
Hajjah Rogayah bt Salleh (Perak)
5.
Ng. Lee Huat (Sarawak)
TEMBIKAR DIMENSI BARU
1.
Fungsi – perhiasan
diri dan hiasan rumah serta pejabat
2.
Alatan & bahan - menggunakan
alatan moden seperti mesin pemutar, tanur elektrik dan tanur gas.
-Menggabungkan kraf
lain seperti anyaman, ukiran dll.
-Penggunaan bahan
campuran lain seperti kulit siput, daun kering, fabrik dll
3.
Reka bentuk - dikomersialkan
dengan mengambil kira keperluan dan aliran semasa
4.Reka
corak -kesesuaian dengan
bentuk dan penampilan semasa
5.Kemasan
& persembahan - kemas dan kukuh seperti menyepuh dengan gerlis